PENGENALAN
Boleh jadi
sebahagian pembaca akan bertanya-tanya dalam hati, kenapa Imam Malik masih
dijadikan sebagai objek bahasan, apa masih ada sisi-sisi lain yang tersisa dari
diri belia yang belum berhasil diungkap selama ini oleh berbagai literatur yang
tersedia atau dengan ungkapan lain, apakah ini mampu mengungkapkan hal-hal baru
yang belum diungkap oleh liberator lain menyangkut diri Imam Malik.
Ijma’ Ahli
Madinah yang bersifat naqli terbahagi kepada tiga macam. Yang pertama adalah
yang memang ditransmisikan dengan metode yang benar dari Rasulullah saw baik
perkataan, perbuatan, ataupun keputusan seperti dalam kes al-mud dan sha’,
adzan dan iqamat dan sebagainya. Yang kedua adalah transmisi secara bersambung
oleh masyarakat Madinah seperti dalam kes pembebasan budak, tidak mengambil
zakat dari sayur-sayuran dan sebagainya. Yang ketiga, ianya tidak berkait
dengan agama Islam.
Ijma’ Ahli
Madinah adalah semua perbuatan penduduk Madinah pada zaman sahabat dan tabi’in
yang dianggap warisan dari Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana Allah SWT berfirman
dalam surah Al-Taubah ayat 100: “Dan orang-orang terdahulu yang pertama kali
masuk Islam di antara orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti
mereka dengan baik, Allah SWT redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada
Allah SWT”.
Sedangkan menurut
Ibnu Taimiyah yang dimaksudkan dengan Ijma’ Ahli Madinah adalah Ijma’ Ahli
Madinah pada masa lampau yang menyaksikan amalan-amalan yang berasal dari
Rasulullah SAW. Ijma’ Ahli Madinah ini memiliki beberapa tingkat.
KAEDAH
PENGAMBILAN HUKUM
Kaedah pertama
yang dilaksanakan oleh Imam Malik dalam menyimpulkan sesuatu hukum ialah
daripada al-Quran dan Sunnah. Jika tidak didapati dari kedua-dua sumber hukum
utama ini maka beliau akan beralih pula dengan kaedah Ijma’ serta qias dan yang
akan dijelaskan lebih terperinci kemudian.
Cara
Imam Malik mengambil hukum-hukum telah diterangkan oleh Qadhi Iyad seperti
berikut: “Malik sentiasa mengutamakan al-Quran dalam menyusun dalil-dalilnya
dengan terang. Beliau mengutamakan nas-nasnya, kemudian zahirnya, kemudian
pengertiannya yang difahami darinya.
Kemudian beliau
akan beralih pula kepada Sunnah dengan mendahulukan yang mutawattir, kemudian
yang masyhur dan kemudian kepada ahad
kemudiannya mengikut susunan-susunan nasnya zahirnya dan pengertian-pengertian
yang difahami darinya.
Kemudian
beliau akan beralih pula kepada Ijma’. Apabila semua sumber pokok ini tidak ada
maka barulah beliau menggunakan qias serta menyimpulkan hukum-hukum
daripadanya”.
AMALAN PENDUDUK
MADINAH
Imam Malik
berpendapat bahawa Madinah ialah Darul Hijrah yang mana al-Quran diturunkan,
Nabi Muhammad SAW dan sahabat hidup di Madinah, penduduk Madinah lebih
mengetahui tentang sebab-sebab penurunan al-Quran, inilah istimewa penduduk
Madinah, maka dengan sebab ini Amal Ahli Madinah di dahulukan daripada qiyas
dan khabar ahad.
Imam Malik sahaja
yang memberi penilaian istimewa kepada amalan penduduk Madinah diantara
kempat-empat imam lain dan menganggapnya satu sumber ijtihad yang boleh
diketegahkan sebagai satu hujjah. Tindakkannya ini kurang mengundang kecaman
dari para mujtahid lain.
Imam Syafie
memperkatakan tentang amalan penduduk Madinah dalam kitab utamanya al-umm.
Secara ringkasnya beliau menyatakan
factor tempat tinggal bukanlah penyebab kepada terpelihara daripada
dosa. Memang sudah diperakui bahawa sahabat-sahabat yang tinggal di Madinah
adalah merupakan mereka-mereka yang terbilang dan tiada seorang daripada mereka
yang meninggalkan kota Madinah, sebelum berlakunya kekacauan selepas pembunuhan
khalifah yang ketiga iaitu Saidina Othman al-Affan.
Sahabat-sahabat ini adalah mereka yang pernah
menyaksikan penurunan al-Quran. Mereka juga merupakan di antara orang pertama
yang pertama yang memeluk agama Islam
ini dan kepada mereka ditujukan segala perintahnya.
Selepas itu,
giliran tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka kemudian. Dengan itu kota
Madinah adalah merupakan kota warisan ilmu sunnah dan fiqah Islam dimana segala
amalan dan tindak tanduk Madinah melambangkan amalan yang diwarisi sejak dahulu
zaman Rasulullah SAW. Mereka yang mewarisi pusaka yang tidak ternilai ini tidak
seharusnya melakukan sesuatu yang bersalahan dengan keadaan sebelumnya yakni
ketika zaman Rasulullah dan sahabatnya.
.
LATAR BELAKANG MASALAH
Berkisar pada
tahun 720 M, dalam sejarah perkembangan fiqh (Hukum Islam), terjadi sebuah hukum di kalangan masyarakat Muslim. Hukum
tersebut disebabkan oleh tidak adanya keseragaman metode pengambilan hukum yang
dipakai al-Auza’l di Syiria dan Abu Hanifah di Baghdad. Namun keragamaan hukum
tersebut tidaklah menyentuh struktur sumber hukum yang pertama iaitu Al-Quran,
namun menyoal sumber hukum lainnya seperti Hadis, Ijma’ dan Qiyas.
Namun, keragamaan
hukum tersebut mempunyai suatu keunikan tersebut bahawa masing-masing ahli
hukum di daerah-daerah tersebut menyatakan bahawa hukum yang mereka tetapkan
didasarkan riwayat yang berasal dari Rasulullah saw sebagai orang yang mempunyai keputusan
tertinggi dalam memutuskan hukum. Pada masa tersebut, pembuktian transmisi
keaslian sebuah riwayat berasal dari Rasulullah atau tidak belum dikenal luas,
kerana metode kritik hadis baru dilakukan pada tahun 710 M iaitu pada masa
pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Namu menurut masing-masing ahli hukum seperti
Imam Malik, al-Auza’l dan Abu Hanifah, menyatakan bahawa keaslian misi tersebut
dapat dibuktikan atau dirujuk dari sahabat-sahabat Rasulullah saw yang tinggal
di kota mereka.
Lebih lanjut
lagi, baik al-Auza’l, Malik dan Abu Hanifah masing-masing menyatakan bahawa hukum
yang mereka tetapkan lebih dekat kepada tradisi masyarakat Madinah yang
langsung mengalami masa-masa perkembangan pada masa Rasulullah.Al-Auza’I (774)
yang berpengaruh di Syiria mengakui bahawa tradisi hukum mereka adalah yang
paling dekat dengan tradisi Madinah awal. Begitu juga dengan Ulama Kufah, iaitu
murid-murid Abu Hanifah juga menyatakan bahawa tradisi merekalah yang paling
dekat. Akan tetapi tentu sahaja Imam Malik yang berpengaruh di Madinah untuk
menyatakan hal yang sedemikian.
Imam Malik menegaskan
bahawa tradisi Madinah pada masanya yang melestarikan tradisi Madinah awal,
kerana Madinah tidak terpengaruh oleh Bani Ummayah seperti masyarakat Syiria,
ataupun tidak terpengaruh oleh masyarakat Garnisun seperti di Kufah. Masyarakat
Madinah mengakui bahawa tradisi mereka bukan hanya mencerminkan tradisi muslim
awal tetapi juga lebih awal iaitu menyakini tradisi masyarakat Muhammad SAW.
Untuk tujuan pelestarian tradisi ini, Malik kemudian menyusun kitabnya
al-Muwattha.
Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa tradisi Madinah mempunyai
posisi yang sangat penting dalam perkembangan fiqh (hukum Islam) sebelum
munculnya metode sistematik usul fiqh
Syafi’i. Madinah awal memberikan beberapa prinsip dasar bagi perumus-perumus
hukum sesudahnya.
Prinsip yang pertama, yang nantinya
menjadi perumusan hukum atas perbuatan seorang disepakati oleh Tuhan.
Hal ini bukan legislasi sebuah dewan atau kesimpulan manusia. Bagi Malik yang
penting adalah perbuatan tipikal yang diakui dan disepakati oleh Madinah. Ertinya
boleh saja bukan perbuatan Nabi, tapi perbuatan orang lain yang tidak ada
keberatan dari Nabi. Intinya bukan siapa yang melakukan tapi perbuatan yang
tidak disetujui. Hal ini menjadi bakal ijma’ pada masa pembentukan hukum dan
dasar hukum.
Prinsip yang
kedua, tugas yang tidak harus dipenuhi oleh setiap orang maka Muhammad SAW
mengangkat orang yang bertanggungjawab
atas hal tersebut, dan jika mereka telah melakukannya maka yang lain
tidak diberikan beban. Hal ini kemudian dirumuskan sebagai fardhu kifayah,
sementara tugas yang harus dibuat
sendiri yang Muhammad SAW tidak menunjuk orang bertanggungjawab disebut fardhu
ain.
Prinsip yang
ketiga adalah berkait dengan bukan Islam, iaitu menyebarkan tata-cara Tuhan
yang sebenar kesuluruh dunia. Mereka yang bukan Islam, tidak secara nyata-nyata
menentang krtuhanan yang maha esa dan tidak menganggu ketertiban Maha Esa dan
tidak menganggu ketertiban umum tetap diperbolehkan melaksanakan keyakinan
mereka, mereka juga diberi tanggungjawab atas ketertiban masyarakat.
Keadaan penting
yang dimiliki oleh tradisi masyarakat Madinah awal tidak hanya menyediakan
prinsip-prinsip dasar bagi para ahli hukum tapi juga menjadi dasar konsep ijma’
pada awalnya. Ketika “sunnah” yang berkembang pada masa Syafi’I bukan sama dengan sunnah Nabi, maka tradisi
hidup sahabat dan beberapa generasi setelahnya diturunkan darjatnya sebagai
sumber hukum Islam sebagai sumber ketiga. Semuanya pengumpulan dalam ijma’.
Namun anehnya
dalam struktur sumber-sumber hukum mazhab Syafi’I, Hanbali dan Hanafi tidak
diketemukan Ijma’ Ahli Madinah. Ijma’ Ahli Madinah sebagai sumber hukum hanya
diketemukan dalam mazhab Maliki. Di kalangan ahli hukum, Ijma’ Ahli Madinah
merupakan sumber hukum yang masih dipertentangkan.
Adalah Malik bin
Anas yang kemudian memberikan posisi khusus bagi tradisi masyarakat Madinah
dalam struktur sumber hukumnya dengan istilah Ijma’ Ahli Madinah. Malik
memberikan tempat yang lebih tinggi bagi tradisi masyarakat Madinah awal dalam
sumber hukum dibandingkan dengan ahli hukum lainnya. Ketetapan Malik Ijma’ Ahli
Madinah dapat dijumpai dalam surat yang telah dikirimkan kepada Imam al-Laits
di Mesir.
Alasan Malik
dalam menetapkan Ijma’ Ahli Madinah sebagai sumber hukumnya adalah:
Ø Bahawa Madinah adalah tempat Hijrah Rasulullah saw,
tempat turunnya wahyu, tempat tumbuhnya Islam, tempat berkumpulnya para
sahabat. Atas alasan inilah bahawa kebenaran dalam erti kebenaran yang berasal
dari Rasulullah tidak akan ditinggalkan oleh para sahabat dan masyarakat
Madinah.
Ø Bahawa masyarakat Madinah menyaksikan peristiwa
turunnya wahyu, mendengarkan takwil langsung dari Rasulullah saw dan lebih
mengetahui tentang keadaan Rasulullah.
Ø Bahawa riwayat yang berasal dari masyarakat Madinah
lebih diutamakan keseimbangan masyarakat lainnya, kerana itu Ijma’ mereka juga
lebih diutamakan daripada Ijma’ yang lainnya.
Perdebatan
tentang Ijma’ Ahli Madinah tidak hanya terjadi antara pengikut mazhab selain
mazhab Maliki, tapi juga di kalangan pengikut Malik sendiri Para pengikut Imam
Malik sendiri berbeza pendapat tentang apa yang dimaksudkan oleh Malik dalam
Ijma’ Ahli Madinah. Sebahagian menyatakan bahawa yang dimaksudkan oleh Imam Malik
dalam Ijma’ Ahli Madinahhanyalah sebatas tarjih riwayat yang berasal dari
masyarakat Madinah dibandingkan dengan yang lainnya. Sementara yang lainnya
menyatakan bahawa yang dimaksudkan oleh
Malik adalah bahawa Ijma’ Amal Ahli Madinah lebih utama keseimbangannya ijma’
yang lainnya tapi tidak dilarang untuk
menyalahinya.
Pengikutnya yang
lain memberikan batasan terhadap sesiapa sahaja yang dimaksudkan dengan Ahli
Madinah. Ada yang menyatakan bahawa Ahli Madinah yang dimaksudkan oleh Malik
adalah para sahabat Rasulullah saw. Lebih sempit lagi ada yang menyatakan
bahawa yang dimaksudkan adalah Fuqaha yang tujuh sahaja.
Lebih terperinci,
al-Baji menyatakan bahawa kehujjahan Ijma’ Amal Ahli Madinah hanya boleh
dipakai ketika Ijma’ tersebut diriwayatkan secara memadai seperti dalam masalah sha’ dan mudd, adzan
dan iqamat, tidak perlunya zakat untuk sayur-sayuran seperti yang seperti yang
terlihat dalam tradisi hukum masyarakat Madinah pada masa Rasulullah saw,
kerana seandainya ada tradisi hukum yang berubah saat itu, maka Rasulullah
pasti mengetahuinya. Sementara dalam hal-hal lain seperti dalam masalah ijtihad, maka Ijma’ Ahli
Madinah setara dengan yang lainnya.
Pendapat yang
ukup terkenal mengenai perdebatan
tentang Ijma’ Ahli Madinah adalah pendapat
tentang Ijma’ Ahli Madinah adalah pendapat Abdul Wahab Khalaf yang
menyatakan bahawa Ijma’ Ahli Madinah terbahagi kepada dua macam, yakni Ijma’
yang bersifat naqli dan istidlali.
Ijma’ Ahli
Madinah yang bersifat naqli terbahagi kepada tiga macam. Yang pertama adalah
yang memang ditransmisikan dengan metode yang benar dari Rasulullah saw baik
perkataan, perbuatan ataupun keputusan seperti dalam kes al-mud, sha’, adzan dan iqamat dan sebagainya. Yang kedua
adalah tradisi atau apapun bentuknya yang ditransmisikan secara bersambung oleh masyarakat Madinah
seperti dalam permasalahan pembebasan budak, tidak mengambil zakat dari
sayuran-sayuran dan sebagainya.
Abdul Wahab
Khalaf menyatakan bahawa ijma’ dalam bentuk yang pertama boleh dijadikan
sebagai hujjah yang wajib diikuti oleh
para ahli hukum. Bila ada khabar ahad atau qiyas yang bertentangan dengan Ijma’
Ahli Madinah tersebut, maka Ijma’ Ahli
Madinah lah yang harus diikuti.
Sedangkan yang
kedua, iaitu Ijma’ Ahli Madinah yang istidlali terdapat perbezaan pendapat di
dalamnya. Sebahagian ahli hukum seperti
Abu Yaqub ar-Razi dan al-Qadi Abu Bakar, at-Thiyalisi, Abul Faraj, al-Albhari
menyebutkan bahawa Ijma’ Ahli Madinah yang istidlali tidak dianggap sebagai
ijma’ dan bukan pendapat Malik juga tidak terdapat dalam mazhab Maliki.
Sementara ahli hukum yang lainnya, seperti murid-murid Syafi’I menganggap
bahawa Ijma’ Ahli Madinah yang bersifat istidlali dirajihkan ketika
bertentangan dengan khabar ahad dan qiyas. Pendapat yang menganggapnya sebagai
hujjah tapi tidak salah untuk tidak
mengikutinya seperti yang diutarakan oleh Abu Hussein bin Umar.
Pendapat ahli
hukum lainnya yang berkenaan dengan Ijma’ Ahli Madinah adalah pendapat Ibnu
Taimiyah yang menulis kajian terbatas terhadap Ijma’ Ahli Madinah yakni Sihhatu
Madzhabi Ahli Madinah”. Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Ijma’ Ahli Madinah
dapat diklasifikasi kepada empat cabang iaitu:
Ijma’ Ahli
Madinah yang mentransimisikan suatu materi hukum langsung dari Rasulullah saw
seperti permasalahan ukuran satu mud dan sha’. Ijma’ Ahli Madinah ini merupakan
hujjah bagi Syafi’i, Ahmad dan Hanbali.
Ijma’ Ahli
Madinah yang tercermin dalam tradisi kuno masyarakat Madinah sebelum
terbunuhnya Utsman. Ijma’ Ahli Madinah tersebut merupakan hujjah bagi Malik dan
Syafi’I sementara itu Ahmad dan Hanbali menyatakan bahawa apa yang dilakukan
oleh khalifah rasyidah bias dijadikan hujjah.
Yang ketiga
adalah bahawa apabila ada dua dalil yang bertentangan dalam suatu dalil yang
bertentangan dalam suatu masalah, seperti dua hadis atau dua qiyas, sementara
tidak diketahui yang mana paling kuat di antara keduanya. Dalam hal ini, Malik
dan Syafi’I menyatakan bahwa dalil yang
dipakai adalah salah satu dari keduanya yang dikuatkan dengan Ijma’ Ahli
Madinah. Laon halnya dengan Abu Hanifah yang menyatakan bahawa Ijma’ Ahli
Madinah tidak boleh menguatkan salah satu dari keduanya. Sementara itu dalam
Mazhab Ahmad terdapat dua pendapat yakni pendapat Abu Ya’la dan Ibnu Uqail yang
sependapat dengan Abu Hanifah dan Abu Khattab yang menyetujui Abu Khattab inilah
yang dipakai oleh Ahmad.
Ijma’ Ahli
Madinah yang tercermin dalam tradisi masyarakat Madinah mutaakhir ( setelah
pembunuhan Utsman ).
Perdebatan
tentang Ijma’ Ahli Madinah dan kekuatannya sebagai sumber hukum adalah menarik bagi penulis. Hal
itu dikeranakan bahawa ternyata konsep Ijma’ Ahli Madinah yang mencakup
batasan-batasan yang jelas menurut Imam
Malik yang dengan semangat mempopularkan Ijma’ Ahli Madinah tidak diketemukan
di dalam buku atau jurnal ilmiah usul fiqh mahupun fiqh.
Penulis juga
tertarik untuk mengkaji alas an-alasan kuat Imam Malik dalam menetapkan Ijma’
Ahli Madinah sebagai sumber hukum dan hujjah, juga Ijma’ Ahli Madinah yang
dijadikan sebagai sumber hukum oleh Malik.
B.RUMUSAN MASALAH
Dari paparan latar
belakang masalah di atas, yang menjadi permasalahan pokok dalam penelitian ini
adalah: “apakah konsep ijma’ Ahli Madinah menurut Imam Malik?”.
·
Berdasarkan
perumusan masalah di atas, maka penelitian membatasi pembahasan ini seperti
berikut:
·
Apakah konsep
Ijma’ Ahli Madinah menurut Imam Malik?
·
Mengapakah Ijma’
Ahli Madinah dijadikan sebagai hujjah dan sumber hukum oleh Malik?
·
Apa contoh-contoh
Ijma’ Ahli Madinah?
C.TUJUAN
PENELITIAN
Berdasarkan perumusan
masalah di atas, peneliti berupaya untuk mendekripsikan tentang tujuan
penelitian ini iaitu:
Untuk mengetahui konsep
Ijma’ Ahli Madinah menurut Malik.
Untuk mengetahui
contoh-contoh Ijma’ Ahli Madinah?
D.MANFAAT
PENELITIAN
Penelitian ini
diharapkan dapat memberikan sumbangan pemikiran dalam pengembangan wawasan kepada mahasiswa dan masyarakat untuk
lebih menghayati, mengkaji, memahami dan
mengamalkan fiqh, terutama hukum perkahwinan, talak tiga secara baik dan benar
di dalam kalangan masyarakat. Di samping itu sebagai pengembangan wawasan ilmu
pengetahuan baik dikalangan akademik dan masyarakat umum lainnya serta
masyarakat Kota Langsa khususnya penelitian akan lebih berguna lagi manakala
Kota Langsa yang nota bene sebagai bahagian dari kawasan Nanggore Aceh
Darussalam, di mana pemerintah daerah mempunyai kepentingan besar untuk
menerapkan hukum-hukum Islam secara kaffah dan mengaplikasikan dalam masyarakat
luas. Setidaknya penelitian ini menjadi masukkan tambahan kerana langsung
bersumber dari masyarakat itu sendiri.
Ada dua hal yang
sangat berguna dari penelitian ini, pertama; manfaat keilmuan (teoritis),
yakni penelitian ini akan memberikan manfaat yang penting tentang metode-metode
yang efektif, di mana pemerintah daerah dapat menerapkan nilai-nilai hukum
Islam secara mendalam kedalam masyarakat.
E.PENEGASAN
ISTILAH
Untuk memudahkan pemahaman dan menghindari berbagai penafsiran meneganai maksud judul yang berkaitan dengannya, maka penulis perlu untuk menjelaskan maksud dari istilah-istilah yang digunakan tersebut, iaitu:
Untuk memudahkan pemahaman dan menghindari berbagai penafsiran meneganai maksud judul yang berkaitan dengannya, maka penulis perlu untuk menjelaskan maksud dari istilah-istilah yang digunakan tersebut, iaitu:
1. Pengecualian
Secara bahasa
pergeseran bermaksud peralihan, perpindahan dan pergantian. Pergeseran yang
dimaksudkan adalah peralihan atau perpindahan yang dilakukan oleh Dewan Fatwa
Al-Jam’iyatul Washiliyah adalah dalam metode istinbat yang dipergunakan ketika
menetapkan fatwanya. Peralihan ini terjadi sejak Mukhtamar XVII di Bandung
tahun 1997, iaitu dengan berubahnya terhadap prinsip dari “menganut mazhab
Syafi’I menjadi “bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jama’ah dengan mengutamakan mazhab
Syafi’i.
Adapun erti
“menganut mazhab Syafi’I adalah pertama, bahawa segala usaha yang digerakkan
atas nama organisasi, harus berlaku dalam batas-batas hukum fiqh menurut mazhab
Syafi’i. Kedua, bahawa segala perbezaan pendapat yang terjadi dalam organisasi,
maka yang menjadi ketentuan-ketentuan dalam hukum fiqh haruslah diputuskan
sesuai dengan mazhab Syafi’i. Sedangkan erti “mazhab Ahlu Sunnah Wal Jama’ah
dengan mengutamakan mazhab Syafi’I” adalah pada dasarnya, fatwa yang dikeluarkan
Oleh Dewan Fatwa adalah menurut mazhab Syafi’i. Namun, mengenai masalah yang
hukumnya dalam mazhab Syafi’I ketika keadaan tertentu, ta’accur atau ta’assur
untuk diamalkan, maka boleh mengikuti pendapat mazhab di luar Syafi’I asalkan
masih dari kalangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
2. Istinbat Hukum
Secara bahasa
istinbat berasal dari kata Nabi yang bererti mengeluarkan atau melahirkan. Jika
kata istinbat dihubungkan dengan hukum-hukum, bereti adalah “upaya menarik
hukum dari Al-Quran dan Sunnah dengan jalan ijtihad”.
3. Fatwa
Secara bahasa
fatwa berasal dari bahasa arab iaitu fatwa yang bererti “jawapan pertanyaan
hukum”. Sedangkan menurut pengertian hukum syara’, fatwa adalah menjelaskan
hukum syara’ dalam persoalan sebagai jawapan dari suatu pertanyaan, baik yang
bertanya itu jelas identitinya mahupun tidak, baik perseorangan mahupun
kolektif.
F.LANDASAN
KONSEPSIONAL
Ayat-ayat
Al-Quran dalam menunjukkan pengertiannya menggunakan berbagai cara, ada yang
tegas dan ada yang tidak, ada yang melalui erti bahasanya dan ada pula yang
melalui erti bahasanya dan ada pula yang melalui maksud hukumnya, dan terkadang
terdapat perbenturan antara satu dalil dengan dalil lain yang memerlukan
penyelesaian. Usul fiqh yang berbagai cara dari berbagai aspeknya untuk menimba
pesan-pesan yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah, cara inilah yang disebut
dengan istinbat.
Secara garis besar
metode istinbat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu:
1. Metode istinbat dari segi kebahasaan
Untuk memahami
teks-teks kebahasaan ini para ulama telah menyusun semacam yang digunakan dalam
praktik penalaran fiqh. Bahasa Arab menyampaikan pesan dengan berbagai cara dan
dalam berbagai tingkat kejelasannya. Untuk itu para ahlinya membuat beberapa
kategori lafaz untuk memahami teks tersebut antara lain dari segi amar, nah dan
takhyr, dari segi am dank has, mutlaq dan muqayyad, dari segi mantiq dan mafhm
serta dari segi hakikat dan majaznya.
2. Metode Penetapan Hukum Melalui Maqasid Syariah
Menurut pandangan
ahli usul fiqh bahawa nas Al-Quran dan Sunnah itu selain menunjukkan hukum
dengan bunyi bahasanya, juga dengan ruh tasyri’nya atau maqasid al-Syariah.
Melalui maqasid al-Syariah inilah kemudian teks-teks hukum yang secara
kuantitif sangat terbatas jumlahnya dapat dikembangkan untuk menjawab permasalahan
yang secara kajian kebahasaan tidak tertampung oleh Al-Quran dan Sunnah.
Pengembangan ini dilakukan dengan menggunakan metode istinbat seperti qiyas,
istihsan, marsalih mursalah dan uruf.
Abdul Wahab
Khalif menegaskan bahawa maqasid al-Syariah adalah hal sangat penting untuk
memahami Al-Quran dan Sunnah, menyelesaikan dalil-dalil yang bertentang dan
sangat penting lagi adalah untuk menetapkan hukum terhadap peramasalahan yang
tidak tertampung Al-Quran dan Sunnah secara kajian kebahasaan.
Al-syatib adalah
ahli usul fiqh yang membahasa teori maqasis syariah secara khusus dan jelas
dalam kitabnya al-Muwafaqat. Sebagaimana ulama sebelumnya, ia juga membahagi
peringkat maslahat menjadi tiga peringkat iaitu arriyyat, yajiyyat dan
taysiniyat. Yang dimaksud dengan maslahat baginya adalah memelihara lima aspek
utama iaitu, hifs al-Din (memelihara agama), hifs al-Nafs (memelihara jiwa),
hifs al-Aqal (memelihara akal), hifs al-Nasl (memelihara keturunan) dan hifs
al-Mal (memelihara harta).
Selanjutnya fatwa
sendiri adalah salah di antara dari sekian banyak produk yang dihasilkan.
Menurut Ahmad Rafiq, jika dalam sepanjang sejarah hukum Islam itu sebagai
produk yang dihasilkan oleh fiqh yang merupakan produk ijtihad para imam
mujtahid dengan metode istinbat hukum, kemudian dalam perkembangan produk
pemikiran selanjutnya, tidak lagi didominasi oleh fiqh, sebab setidaknya masih
ada lagi tiga jenis produk hukum Islam lainnya, iaitu:
Pertama, Fatwa
hasil ijtihad, seorang mufti sehubungan dengan sebuah persoalan hukum yang
diajukan kepadanya. Jadi fatwa itu sendiri lebih khusus dari pada fiqh atau
ijtihad secara umum. Sebab, boleh jadi sebuah fatwa yang dikeluarkan itu sudah dirumuskan dalam fiqh, hanya sahaja
belum difahami oleh orang meminta fatwa.
Kedua,
Undang-undang (Qanun) iaitu peraturan yang dibuat oleh badan legislatif yang
mengikat kepada setiap warga negara di mana undang-undang itu sendiri adalah
hasil dari ijtihad kolektif (Jama’i).
Ketiga, Keputusan
Pengadilan produk pemikiran ini merupakan keputusan hakim pengadilan
berdasarkan pemeriksaan perkara di depan persidangan.
Berdasarkan
penjelasan di atas dapat difahami bahawa fatwa merupakan produk hukum Islam
yang dihasilakan dengan metode istinbat. Namun berbeza dengan ijtihad, fatwa
dihasilkan dengan memilih pendapat mazhab tertentu atau dengan metode istinbat
para ulama mazhab. Demikian halnya dengan metode fatwa yang dihasilkan dalam
setiap fatwa yang dikeluarkan oleh Dewan Fatwa al-Washiliyah tetap mengacu
dengan metode-metode yang digunakan para ulama mazhab, khusunya dengan
bermazhabkan Syafi’i.
Sebagai
organisasi yang telah menetapkan dalam AD-nya mengutamakan mazhab Syafi’i.
Dewan Fatwa al-Washiliyah diharuskan mengikut pola penetapan hukum dan fatwa
sebagaimana yang ditetapkan para ulama Syafi’I dengan berpegang kitab-kitab
fiqh mu’tabarah. Hal ini hanya dilakukan dalam keadaan normal, tidak dalam
keadaan normal, tidak dalam kepentingan mendesak dan tidak pula untuk
kepentingan maslahat semata sahaja. Namun dalam keadaan tertentu, boleh tidak
mengikut ketentuan yang ada dalam mazhab Syafi’i.
Dalam menghadapi
masalah-masalah aktual, Dewan Fatwa mempunyai dua ilihan, iaitu:
Pertama, tetap
berpegang kepada mazhab Syafi’I dan mengabaikan kenyataan dan tidak merespon
tuntutan zaman. Hal ini dilakukan jika dalam pengimplementasi dan aplikasi
hasil fatwa itu dianggap tidak ta’assur dan ta’ccur umunya bagi masyarakat dan
khusunya bagi pengikut al-Washiliyah.
Namun jika
ternyata fatwa itu tidak dapat di amalakan atau bermasalah, maka Dewan Fatwa
mengambil alternative yang kedua, iaitu dengan merespon tuntutan zaman dan
mancarikan penyelesaiannya dengan mengikuti pendapat berbagai mazhab fiqh Sunni
lainnya. Ini adalah sebuah pengecualian yang dilakukan oleh Dewan Fatwa
al-Washiliyah.
Secara faktual,
pengecualian ini dilihat dari fatwa yang dikeluarkan tahun 1998 tentang masalah
“pendistribusian zakat untuk pembanggunan madrasah dan masjid” dengan mengambil
bahagian berjihad di jalan Allah, dengan tidak merujuk kepada pendapat mazhab
Syafi’i. Pendapat ini dikeluarkan dengan ijtihad anggota Dewan Fatwa sendiri.
Jika diteliti lebih jauh pendapat ini sebebnarnya mengikut ulama yang meluaskan
makna berjihad di jalan Allah, tetapi juga untuk semua bentuk kegiatan perang
di jalan Allah sahaja, pendapat ini juga diperangi oleh jumhur ulama. Jika
mazhab Syafi’I ini diterapkan tentu boleh menghilangkan bahagian berjihad di
jalan Allah, sebab sangat kecil kemungkinan untuk menemukan criteria berjihad
di jalan Allah seperti yang difahami mazha Syafi’i.
Dalam persoalan tawaf
ibahah bagi wanita haid, Dewan Fatwa juga mengikuti pendapat mazhab Hanbali
yang membolehkannya dengan catatan harus menutupi tempat keluar haid dengan
baik, agar tidak mengotori masjid. Sedangkan menurut mazhab Syafi’I, tawaf
adalah ibadah seperti solat yang harus dalam keadaan suci dan wanita yang haid
itu tidak boleh melaksanakan tawaf, sebab sedang berhadas besar. Namun, jika
pendapat mazhab Syafi’I yang kemudian dipegangi, maka akan menimbulkan tidak
sahnya hajinya seseorang, sebab tawaf ibahah merupakan rukun haji.
Kesimpulannya akan sia-sialah orang yang menunaikan hajinya dengan materi yang
cukup besar, apalagi jika haidnya belum habis pada waktu pelaksanaan tawaf
ibahahnya. Berdasarkan pertimbangan tersebut, Dewan Fatwa lebih memilih
pendapat mazhab Hanafi yang lebih maslahat.
Tentang hukum
bersentuhan kulit laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya ketika melakukan
tawaf, fatwa al-washiliyah juga membolehkan untuk mengamalkan mazhab Maliki
yang menyatakan bahawa persentuhan laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya
tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk secara mutlaq, baik adanya syahwat
mahupun tidak. Jika pendapat mazhab Syafi’I ini yang diamalkan akan menimbulkan
kesulitan bagi yang sedang tawaf, sebab tawaf dilakukan banyak orang baik
laki-laki dan perempuan dan akan sangat sulit untuk tidak bersentuhan antara
satu dengan lainnya. Berdasarkan pertimbangan tersebut, Dewan Fatwa lebih
memilih pendapat mazhab Maliki.
Huraian di atas
secara umum telah mendeskripsikan tentang adanya sebuah pengecualian fatqa
al-Washiliyah yang telah berupaya untuk membuka diri, lebih responsive terhadap
perkembangan zaman, tidak kaku dengan hanya berpegang kepada mazhab tertentu
sahaja. Hal ini sebuah keharusan yang harus dilakukan oleh al-Washiliyah agar
boleh diterima bukan sahaja oleh warga al-Washiliyah sendiri, tetapi juga untuk
umat secara umum.
G.KAJIAN
TERDAHULU
Penelitian
tentang al-Washiliyah sebagai organisasiagama yang terbesar di Sumatera Utara
belum banyak dilakukan dibandingkan dengan organisasi-organisasi besar lainnya,
khususnya organisasi yang lahir di pulau Jawa. Seperti Nahdatul Ulama dan
Muhammadiyah, beberapa kajian yang telah dilakukan tentang al-Washiliyah
antaralain adalah:
Buku yang ditulis
oleh Nu’man Sulaiman tahun 1956, seseorang ulama dan penulis kreatif
al-Washiliyah. Buku ini merupakan peringatan ¼ abad al-Washiliyah berjudul
“Peringatan ¼ Abad Al-Jam’iyatul
Washiliyah”. Buku ini berisikan sejarah perkembangan dan keberhasilan yang
telah dicapai al-Washiliyah selama perjalanan 25 tahun.
Kemudian Hasbalah
Taib pada tahun 1993, juga meneliti tentang al-Washiliyah yang juga memfokuskan
pada penelitian Universiti al-Washiliyah (UNIVA) dengan judul “Universitas
al-Washliyah Medan Lembaga Pengkaderan Ulama di sumatera Utara”. Penelitian
untuk memperingati Universitas al-Washliyah yang ke-34 ini, peranan UNIVA dalam
upaya menyiapkan tenaga-tenaga ahli dalam bidang dakwah Islam di Sumatera
Utara.
Selanjutnya
disertai Chalijah Hasanuddin tahun 1986, yang kemudian dibukukan (1998) yang
berjudul “Al-Jam;iyatul Washliyah Api dalam Sekam”. Penelitian ini memfokuskan
tentang penyebaran Islam melalui dakwah yang disampaikan para da’I al-Washliyah
khusunya di masyarakat Tanapuli Utara. Penelitian ini dibatasi tahun 1930-1942,
menurutnya ini dilakukan untuk mempersempit ruang lingkup penelitian agar dapat
menjangkau sasaran lebih dalam, juga dengan pertimbangan bahawa tahun 1942
Indonesia beralih kekuasaan dari Belanda ke Jepang yang pada masa pemerintahan
Jepang ini al-Washliyah kurang bergerak.
Dalam bentuk
tesis ada penelitian yang dilakukan oleh Muhammad Amin tahun 2000 dengan judul
“Kualitas Hadis Dalam Fatwa al-Washliyah 1998 Studi Kritik Sanad”.
Penelitiannya ingin melihat tentang tingkat dan kualiti hadis yang dijadikan
dasar istinbat al-hukum dalam menghasilkan fatwa oleh Dewan Fatwa al-Washliyah.
Selanjutnya tesis
yang ditulis oleh Kholidah Nst tahun 2000 berjudul “Metode Ijtihad al-Washliyah
Priode Tahun 1988-1998”. Tesis tersebut membahaskan tentang bagaimana Dewan
Fatwa menyelesaikan baerbagai permasalahan hukum yang muncul di masyarakat pada
umumnya dan warga al-Washliyah khusunya pada priode 1988 dan 1998 dan juga
sejauh mana Dewan Fatwa konsisten mengikut mazhab Syafi’I sebagai rujukannya.
Tahun 2002 ada
tesis Muaz Tanjung berjudul “Pendidikan Islam di Medan Pada Awal Abad ke-20;
Studi Historis Tentang Maktab Islamiyah Tanapuli (MIT) 1918-1942’. Meskipun
objek penelitiannya tentang lembaga pendidikan MIT. Akan tetapi penelitian ini
juga ada relevansinya dengan sejarah awal berdirinya al-Jam;iyatul Washliyah,
sebab al-Washliyah didirikan oleh kumpulan
pelajar dari murid-murid di MIT (kemudian murid-murid MIT inilah yang
menjadi pengurus al-Washliyah). Nama al-Washliyah sendiri diberi nama oleh
H.Mahmud Yunus ketua MIT (kemudian menjadi penasihat al-Wahliyah).
H.METODOLOGI
PENELITIAN
1.Jenis
Penelitian
Adapun metode
yang digunakan dalam penelitian ini adalah dengan menggunakan metode kualiti
rasionalistik yang bersifat deskriptif kasuistik. Metode kualiti rasional
maksudnya adalah bahawa penelitian ini lebih menekankan analisis pada proses
penyimpulan deduktif dan induktifdalam sebuah dinamika hubungan antara fenomena
yang diamati dengan menggunakan logika ilmiah yang dibangunkan dengan kemampuan
argumentasi secara logik. Sedangkan kuantitif subjek penelitian yang berkaitan
dengan suatu fasa atau khas dari keseluruhan personaliti.
Dalam subjek
penelitiannya boleh bersifat individu, kelompok atau lembaga dan boleh juga
masyarakat, dengan cara menggambarkandan menjelaskan variable masa lalu atau
masa sekarang. Penelitian ini difokuskan kepada lembaga Dewan Fatwa
al-Washliyah, iaitu tentang terjadinya pengecualian itu sendiri terjadi setelah
tahun 1997, sehingga penelitian berupaya untuk menjelaskan secara akurat dan
sistematik tentang bagaimana metode yang digunakan oleh Dewan Fatwa dalam
melakukan istinbat sebelum dan sesudah tahun 1997.
2.Sumber Data
Yang dimaksud
sumber data dalam penelitian ini adalah dari mana subjek dari sebuah data itu
dapat diperoleh. Kerana penelitian ini menggunakan teknik wawancara dalam
pengumpulan datanya, maka sumber data itu disebut dengan responden. Selain itu
penelitian ini juga menggunakan sunnah dokumentasi dan catatan, sehingga
dokumen atau catatan itu juga menjadi bahagian sumber penelitian ini pada tiga
sumber, iaitu sumber primer, sekunder dan tertier.
Sumber data
primer, iaitu sumber data pokok yang diperoleh secara langsung pada subjek
sebagai sumber pokok informasi yang dicari. Dalam hal ini data primer berupa
hasil fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Fatwa al-Jam’iyatul
Washliyah, dan semua buku-buku yang berkaitan dengan Dewan Fatwa, serta wawancara yang sifatnya informal
sebagai sumber pendukung dan pelengkap dari data yang tidak diketemukan.
Sumber data
sekunder, iaitu sumber data tambahan yang melengkapi sumber primer di atas yang
berkaitan dengan masalah yang diteliti, berupa AD/ART al-Washliyah dan
sebagainya.
Sumber data
tertier, iaitu sumber pendukung atau pelengkap sumber primer mahupun sekunder
antara lain: Ensiklopedia, Kamus serta Mu’jam.
3. Teknik Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang
digunakan dalam penelitian ini secara umum dapat dibahagi kepada:
a) Dokumetasi
Dokumentasi ini berasal dari sumber atau bahan tertulis, dan dokumentasi
yang digunakan sebagai sumber bahan informasi adalah dokumen yang bersifat
internel yang terdiri dari laporan-laporan dan keputusan-keputusan yang pernah
dihasilkan oleh lembaga fatwa Dewan Fatwa al-Washliyah yang berupa hasil
kumpulan fatwa-fatwa tahun 1988-1998 serta pedoman dalam prosedur penetapan
fatwa dari Dewan Fatwa.
b) Wawancara
Penelitian dalam
bentuk ini dilakukan kerana keterbatasan data yang ada serta untuk menemukan
data-data yang tidak ada dalam sumber fatwa. Pemilihan teknik ini dilakukan
kerana didasarkan pada dua factor:
Pertama:
Penelitian ini adalah untuk menggali dan menemukan data tentang bahagian cara
istinbat yang dilakukan oleh Dewan Fatwa
sebelum dan sesudah tahun 1997, dan pandangan merupakan bahagian dari
pengetahuan seseorang yang tersirat, maka wawncara dianggap teknik yang apalagi
ampuh dalam mengungkapkan hal tersebut.
Kedua: Kerana
penelitian ini difokuskan pada subjek-subjek yang memiliki pengalaman dan
sekaligus merupakan anggota Dewan Fatwa, di mana pengalaman merupakan peristiwa
masa lampau, maka teknik ini pula akan mampu mengakomodir data-data yang
bersifat lintas waktu seperti ini.
Adapun jenis
wawancara yang dilakukan adalah wawancara tidak terstruktur, meskipun
sebenarnya peneliti telah mempunyai rancangan pertanyaan yang akan di ajukan
kepada sumber untuk menjwab permasalahan istinbat dan semua permasalahan yang
terkait dengan Dewan Fatwa sebelum dan sesudah tahun 1997. Akan tetapi urutan,
waktu dan lamanya pertanyaan serta bentuk-bentuk dari pertanyaa ini tidak
ditetapkan secara terikat sebelum pelaksanaan wawancara. Wawancara ini ditempuh
agar terciptanya suasana keluasan dalam wawancara, juga dapat pelengkap boleh
jadi berkembang dan muncul pada saat berlangsungnya wawancara.
4. Pengolahan dan Analisi Data
Setelah data
keseluruhannya telah terkumpul baik dari hasil wawancara mahupun dari
dokumentasi yang terkait dengan Dewan Fatwa al-Wasliyah, maka langkah
berikutnya adalah mengolah data secara selektif. Penganalisan menggunakan
metode analis isi, dengan maksud agar peneliti dapatmenjadikan sumber-sumber
fatwa ataupun pendapat dari tokoh-tokoh al-Washliyah sekaligus mengambil dan
membuatnya berdasarkan isi pernyataan itu. Teknik ini dilakukan untuk
memberikan pengetahuan, membentuk wawasan baru serta menyajikan fakta. Selain
itu, peneliti juga menggunakan metode deskriptif untuk menguraikan dan
menggambarkan sesuatu apa adanya. Kemudian metode deskriptif ini dikombinasikan
dengan metode komparatif, iaitu dengan membandingkan pendapat ulama mazhab dari
sebuah temuan fatwa yang dihasilakn setelah tahun 1997. Hal ini dilakukan
alasan ulama mengapa pada sebuah permasalahan fatwa dari Dewan Fatwa
al-Washliyah itu tidak merujuk kepada mazhab Syafi’I, tetapi merujuk kepada
mazhab lain.
v Garis Besar Isi Ini
Untuk memudahkan
pembahasan secara sistematik dalam tesis ini, maka peneliti membuatnya ke dalam
tesis ini, maka peneliti membuatnya ke dalam beberapa bab yang terdiri dari
beberapa bab, yang sistematik pembahasannya terperinci seperti berikut:
Bab 1, merupakan pendahuluan
yang terdiri dari latar belakang masalah, rumusan masalah, tujuan, manfaat
penelitian, penegasan istilah, landasan konsepsional, kajian terdahulu, metode
penelitian dan garis besar isi tesis.
Bab 2, menguraikan
tentang pengertian ijma’ dan kajian yang berkenaan dengannya..
Bab 3, menguraikan
tentang biografi Imam Malik yang berisi sejarah lahir, pendidikan dan
pemikiran.
Bab 4, menguraikan
tentang konsep ijma’ Ahli Madinah menurut Imam Malik, latar belakang atau alas
an mengapa Imam Malik menetapkan Ijma’ Ahli Madinah sebagai sumber hukum, dan
contoh Ijma’ Ahli Madinah.
Bab 5, merupakan
penutup yang terdiri dari beberapa kesimpulan dan sasaran yang berkaitan dengan
pembahasan tesis yang juga penulis lengkapi dengan daftar kepustakaan sebagai
rujukan dalam penulisan, lampiran-lampiran yang diperlukan dan daftar riwayat
hidup penulis.
KESIMPULAN
Tidak diragukan
lagi Imam Malik adalah salah satu Muhaddisin yang mempunyai perlakuan yang
tersendiri. Bahkan dikatakan beliau adalah ulama tertua kitabnya masih asa di
tangan kita sampai sekarang.
Kesungguhannya
dalam menekuni pengetahuan agama menjadikan Imam Malik sebagai seorang penganut
dalam bidang hadis dan fiqh. Bahkan di bidang fiqh, beliau dikenali sebagai
pendiri salah satu mazhab fiqh, iaitu mazhab Maliki.
Dari huraian di
atas dapat diambil kesimpulannya Imam Malik adalah satu-satunya Imam Mazhab
yang lahir, hidup, wafat dan berkubur di kota suci Madinah.
Selain itu, Imam
Malik diyakini dalam dan luas ilmunya, terbukti sebagai seorang ulama yang rendah diri, penuh berhati-hati dan
penuh keteladanan.
Bagi Imam Malik,
amal penduduk Madinah yang dilandaskan kepada penukilan atau periwayatan
menepati posisi seperti hadis Mutawatir, sehingga dengan demikian dia menjadi
hujjah kedua sesudah al-Quran.