Ahad, 9 April 2017

konsep ijma' amal ahli madinah menurut imam malik

PENGENALAN
Boleh jadi sebahagian pembaca akan bertanya-tanya dalam hati, kenapa Imam Malik masih dijadikan sebagai objek bahasan, apa masih ada sisi-sisi lain yang tersisa dari diri belia yang belum berhasil diungkap selama ini oleh berbagai literatur yang tersedia atau dengan ungkapan lain, apakah ini mampu mengungkapkan hal-hal baru yang belum diungkap oleh liberator lain menyangkut diri Imam Malik.
Ijma’ Ahli Madinah yang bersifat naqli terbahagi kepada tiga macam. Yang pertama adalah yang memang ditransmisikan dengan metode yang benar dari Rasulullah saw baik perkataan, perbuatan, ataupun keputusan seperti dalam kes al-mud dan sha’, adzan dan iqamat dan sebagainya. Yang kedua adalah transmisi secara bersambung oleh masyarakat Madinah seperti dalam kes pembebasan budak, tidak mengambil zakat dari sayur-sayuran dan sebagainya. Yang ketiga, ianya tidak berkait dengan agama Islam.
Ijma’ Ahli Madinah adalah semua perbuatan penduduk Madinah pada zaman sahabat dan tabi’in yang dianggap warisan dari Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 100: “Dan orang-orang terdahulu yang pertama kali masuk Islam di antara orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah SWT redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah SWT”.
Sedangkan menurut Ibnu Taimiyah yang dimaksudkan dengan Ijma’ Ahli Madinah adalah Ijma’ Ahli Madinah pada masa lampau yang menyaksikan amalan-amalan yang berasal dari Rasulullah SAW. Ijma’ Ahli Madinah ini memiliki beberapa tingkat.






KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
Kaedah pertama yang dilaksanakan oleh Imam Malik dalam menyimpulkan sesuatu hukum ialah daripada al-Quran dan Sunnah. Jika tidak didapati dari kedua-dua sumber hukum utama ini maka beliau akan beralih pula dengan kaedah Ijma’ serta qias dan yang akan dijelaskan lebih terperinci kemudian.
            Cara Imam Malik mengambil hukum-hukum telah diterangkan oleh Qadhi Iyad seperti berikut: “Malik sentiasa mengutamakan al-Quran dalam menyusun dalil-dalilnya dengan terang. Beliau mengutamakan nas-nasnya, kemudian zahirnya, kemudian pengertiannya yang difahami darinya.
Kemudian beliau akan beralih pula kepada Sunnah dengan mendahulukan yang mutawattir, kemudian yang masyhur dan  kemudian kepada ahad kemudiannya mengikut susunan-susunan nasnya zahirnya dan pengertian-pengertian yang difahami darinya.
            Kemudian beliau akan beralih pula kepada Ijma’. Apabila semua sumber pokok ini tidak ada maka barulah beliau menggunakan qias serta menyimpulkan hukum-hukum daripadanya”.










AMALAN PENDUDUK MADINAH
Imam Malik berpendapat bahawa Madinah ialah Darul Hijrah yang mana al-Quran diturunkan, Nabi Muhammad SAW dan sahabat hidup di Madinah, penduduk Madinah lebih mengetahui tentang sebab-sebab penurunan al-Quran, inilah istimewa penduduk Madinah, maka dengan sebab ini Amal Ahli Madinah di dahulukan daripada qiyas dan khabar ahad.
Imam Malik sahaja yang memberi penilaian istimewa kepada amalan penduduk Madinah diantara kempat-empat imam lain dan menganggapnya satu sumber ijtihad yang boleh diketegahkan sebagai satu hujjah. Tindakkannya ini kurang mengundang kecaman dari para mujtahid lain.
Imam Syafie memperkatakan tentang amalan penduduk Madinah dalam kitab utamanya al-umm. Secara ringkasnya beliau menyatakan  factor tempat tinggal bukanlah penyebab kepada terpelihara daripada dosa. Memang sudah diperakui bahawa sahabat-sahabat yang tinggal di Madinah adalah merupakan mereka-mereka yang terbilang dan tiada seorang daripada mereka yang meninggalkan kota Madinah, sebelum berlakunya kekacauan selepas pembunuhan khalifah yang ketiga iaitu Saidina Othman al-Affan.
 Sahabat-sahabat ini adalah mereka yang pernah menyaksikan penurunan al-Quran. Mereka juga merupakan di antara orang pertama yang  pertama yang memeluk agama Islam ini dan kepada mereka ditujukan segala perintahnya.
Selepas itu, giliran tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka kemudian. Dengan itu kota Madinah adalah merupakan kota warisan ilmu sunnah dan fiqah Islam dimana segala amalan dan tindak tanduk Madinah melambangkan amalan yang diwarisi sejak dahulu zaman Rasulullah SAW. Mereka yang mewarisi pusaka yang tidak ternilai ini tidak seharusnya melakukan sesuatu yang bersalahan dengan keadaan sebelumnya yakni ketika zaman Rasulullah dan sahabatnya.
.


LATAR BELAKANG MASALAH
Berkisar pada tahun 720 M, dalam sejarah perkembangan fiqh (Hukum Islam), terjadi sebuah  hukum di kalangan masyarakat Muslim. Hukum tersebut disebabkan oleh tidak adanya keseragaman metode pengambilan hukum yang dipakai al-Auza’l di Syiria dan Abu Hanifah di Baghdad. Namun keragamaan hukum tersebut tidaklah menyentuh struktur sumber hukum yang pertama iaitu Al-Quran, namun menyoal sumber hukum lainnya seperti Hadis, Ijma’ dan Qiyas.
Namun, keragamaan hukum tersebut mempunyai suatu keunikan tersebut bahawa masing-masing ahli hukum di daerah-daerah tersebut menyatakan bahawa hukum yang mereka tetapkan didasarkan riwayat yang berasal dari Rasulullah saw  sebagai orang yang mempunyai keputusan tertinggi dalam memutuskan hukum. Pada masa tersebut, pembuktian transmisi keaslian sebuah riwayat berasal dari Rasulullah atau tidak belum dikenal luas, kerana metode kritik hadis baru dilakukan pada tahun 710 M iaitu pada masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Namu menurut masing-masing ahli hukum seperti Imam Malik, al-Auza’l dan Abu Hanifah, menyatakan bahawa keaslian misi tersebut dapat dibuktikan atau dirujuk dari sahabat-sahabat Rasulullah saw yang tinggal di kota mereka.
Lebih lanjut lagi, baik al-Auza’l, Malik dan Abu Hanifah masing-masing menyatakan bahawa hukum yang mereka tetapkan lebih dekat kepada tradisi masyarakat Madinah yang langsung mengalami masa-masa perkembangan pada masa Rasulullah.Al-Auza’I (774) yang berpengaruh di Syiria mengakui bahawa tradisi hukum mereka adalah yang paling dekat dengan tradisi Madinah awal. Begitu juga dengan Ulama Kufah, iaitu murid-murid Abu Hanifah juga menyatakan bahawa tradisi merekalah yang paling dekat. Akan tetapi tentu sahaja Imam Malik yang berpengaruh di Madinah untuk menyatakan hal yang sedemikian.
Imam Malik menegaskan bahawa tradisi Madinah pada masanya yang melestarikan tradisi Madinah awal, kerana Madinah tidak terpengaruh oleh Bani Ummayah seperti masyarakat Syiria, ataupun tidak terpengaruh oleh masyarakat Garnisun seperti di Kufah. Masyarakat Madinah mengakui bahawa tradisi mereka bukan hanya mencerminkan tradisi muslim awal tetapi juga lebih awal iaitu menyakini tradisi masyarakat Muhammad SAW. Untuk tujuan pelestarian tradisi ini, Malik kemudian menyusun kitabnya al-Muwattha.
Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa tradisi Madinah mempunyai posisi yang sangat penting dalam perkembangan fiqh (hukum Islam) sebelum munculnya metode sistematik usul fiqh  Syafi’i. Madinah awal memberikan beberapa prinsip dasar bagi perumus-perumus hukum sesudahnya.
Prinsip yang pertama, yang nantinya  menjadi perumusan hukum atas perbuatan seorang disepakati oleh Tuhan. Hal ini bukan legislasi sebuah dewan atau kesimpulan manusia. Bagi Malik yang penting adalah perbuatan tipikal yang diakui dan disepakati oleh Madinah. Ertinya boleh saja bukan perbuatan Nabi, tapi perbuatan orang lain yang tidak ada keberatan dari Nabi. Intinya bukan siapa yang melakukan tapi perbuatan yang tidak disetujui. Hal ini menjadi bakal ijma’ pada masa pembentukan hukum dan dasar hukum.
Prinsip yang kedua, tugas yang tidak harus dipenuhi oleh setiap orang maka Muhammad SAW mengangkat orang yang bertanggungjawab  atas hal tersebut, dan jika mereka telah melakukannya maka yang lain tidak diberikan beban. Hal ini kemudian dirumuskan sebagai fardhu kifayah, sementara  tugas yang harus dibuat sendiri yang Muhammad SAW tidak menunjuk orang bertanggungjawab disebut fardhu ain.
Prinsip yang ketiga adalah berkait dengan bukan Islam, iaitu menyebarkan tata-cara Tuhan yang sebenar kesuluruh dunia. Mereka yang bukan Islam, tidak secara nyata-nyata menentang krtuhanan yang maha esa dan tidak menganggu ketertiban Maha Esa dan tidak menganggu ketertiban umum tetap diperbolehkan melaksanakan keyakinan mereka, mereka juga diberi tanggungjawab atas ketertiban masyarakat.
Keadaan penting yang dimiliki oleh tradisi masyarakat Madinah awal tidak hanya menyediakan prinsip-prinsip dasar bagi para ahli hukum tapi juga menjadi dasar konsep ijma’ pada awalnya. Ketika “sunnah” yang berkembang pada masa Syafi’I  bukan sama dengan sunnah Nabi, maka tradisi hidup sahabat dan beberapa generasi setelahnya diturunkan darjatnya sebagai sumber hukum Islam sebagai sumber ketiga. Semuanya pengumpulan dalam ijma’.
Namun anehnya dalam struktur sumber-sumber hukum mazhab Syafi’I, Hanbali dan Hanafi tidak diketemukan Ijma’ Ahli Madinah. Ijma’ Ahli Madinah sebagai sumber hukum hanya diketemukan dalam mazhab Maliki. Di kalangan ahli hukum, Ijma’ Ahli Madinah merupakan sumber hukum yang masih dipertentangkan.
Adalah Malik bin Anas yang kemudian memberikan posisi khusus bagi tradisi masyarakat Madinah dalam struktur sumber hukumnya dengan istilah Ijma’ Ahli Madinah. Malik memberikan tempat yang lebih tinggi bagi tradisi masyarakat Madinah awal dalam sumber hukum dibandingkan dengan ahli hukum lainnya. Ketetapan Malik Ijma’ Ahli Madinah dapat dijumpai dalam surat yang telah dikirimkan kepada Imam al-Laits di Mesir.
Alasan Malik dalam menetapkan Ijma’ Ahli Madinah sebagai sumber hukumnya adalah:
Ø  Bahawa Madinah adalah tempat Hijrah Rasulullah saw, tempat turunnya wahyu, tempat tumbuhnya Islam, tempat berkumpulnya para sahabat. Atas alasan inilah bahawa kebenaran dalam erti kebenaran yang berasal dari Rasulullah tidak akan ditinggalkan oleh para sahabat dan masyarakat Madinah.
Ø  Bahawa masyarakat Madinah menyaksikan peristiwa turunnya wahyu, mendengarkan takwil langsung dari Rasulullah saw dan lebih mengetahui tentang keadaan Rasulullah.
Ø  Bahawa riwayat yang berasal dari masyarakat Madinah lebih diutamakan keseimbangan masyarakat lainnya, kerana itu Ijma’ mereka juga lebih diutamakan daripada Ijma’ yang lainnya.
Perdebatan tentang Ijma’ Ahli Madinah tidak hanya terjadi antara pengikut mazhab selain mazhab Maliki, tapi juga di kalangan pengikut Malik sendiri Para pengikut Imam Malik sendiri berbeza pendapat tentang apa yang dimaksudkan oleh Malik dalam Ijma’ Ahli Madinah. Sebahagian menyatakan bahawa yang dimaksudkan oleh Imam Malik dalam Ijma’ Ahli Madinahhanyalah sebatas tarjih riwayat yang berasal dari masyarakat Madinah dibandingkan dengan yang lainnya. Sementara yang lainnya menyatakan  bahawa yang dimaksudkan oleh Malik adalah bahawa Ijma’ Amal Ahli Madinah lebih utama keseimbangannya ijma’ yang lainnya tapi tidak dilarang  untuk menyalahinya.
Pengikutnya yang lain memberikan batasan terhadap sesiapa sahaja yang dimaksudkan dengan Ahli Madinah. Ada yang menyatakan bahawa Ahli Madinah yang dimaksudkan oleh Malik adalah para sahabat Rasulullah saw. Lebih sempit lagi ada yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Fuqaha yang tujuh sahaja.
Lebih terperinci, al-Baji menyatakan bahawa kehujjahan Ijma’ Amal Ahli Madinah hanya boleh dipakai ketika Ijma’ tersebut diriwayatkan secara memadai  seperti dalam masalah sha’ dan mudd, adzan dan iqamat, tidak perlunya zakat untuk sayur-sayuran seperti yang seperti yang terlihat dalam tradisi hukum masyarakat Madinah pada masa Rasulullah saw, kerana seandainya ada tradisi hukum yang berubah saat itu, maka Rasulullah pasti mengetahuinya. Sementara dalam hal-hal lain seperti  dalam masalah ijtihad, maka Ijma’ Ahli Madinah setara dengan yang lainnya.
Pendapat yang ukup terkenal mengenai  perdebatan tentang Ijma’ Ahli Madinah adalah pendapat  tentang Ijma’ Ahli Madinah adalah pendapat Abdul Wahab Khalaf yang menyatakan bahawa Ijma’ Ahli Madinah terbahagi kepada dua macam, yakni Ijma’ yang bersifat naqli dan istidlali.
Ijma’ Ahli Madinah yang bersifat naqli terbahagi kepada tiga macam. Yang pertama adalah yang memang ditransmisikan dengan metode yang benar dari Rasulullah saw baik perkataan, perbuatan ataupun keputusan seperti dalam kes al-mud, sha’,  adzan dan iqamat dan sebagainya. Yang kedua adalah tradisi atau apapun bentuknya yang ditransmisikan  secara bersambung oleh masyarakat Madinah seperti dalam permasalahan pembebasan budak, tidak mengambil zakat dari sayuran-sayuran dan sebagainya.
Abdul Wahab Khalaf menyatakan bahawa ijma’ dalam bentuk yang pertama boleh dijadikan sebagai hujjah yang wajib diikuti  oleh para ahli hukum. Bila ada khabar ahad atau qiyas yang bertentangan dengan Ijma’  Ahli Madinah tersebut, maka Ijma’ Ahli Madinah lah yang harus diikuti.
Sedangkan yang kedua, iaitu Ijma’ Ahli Madinah yang istidlali terdapat perbezaan pendapat di dalamnya. Sebahagian ahli hukum  seperti Abu Yaqub ar-Razi dan al-Qadi Abu Bakar, at-Thiyalisi, Abul Faraj, al-Albhari menyebutkan bahawa Ijma’ Ahli Madinah yang istidlali tidak dianggap sebagai ijma’ dan bukan pendapat Malik juga tidak terdapat dalam mazhab Maliki. Sementara ahli hukum yang lainnya, seperti murid-murid Syafi’I menganggap bahawa Ijma’ Ahli Madinah yang bersifat istidlali dirajihkan ketika bertentangan dengan khabar ahad dan qiyas. Pendapat yang menganggapnya sebagai hujjah tapi tidak salah  untuk tidak mengikutinya seperti yang diutarakan oleh Abu Hussein bin Umar.
Pendapat ahli hukum lainnya yang berkenaan dengan Ijma’ Ahli Madinah adalah pendapat Ibnu Taimiyah yang menulis kajian terbatas terhadap Ijma’ Ahli Madinah yakni Sihhatu Madzhabi Ahli Madinah”. Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Ijma’ Ahli Madinah dapat diklasifikasi kepada empat cabang iaitu:
Ijma’ Ahli Madinah yang mentransimisikan suatu materi hukum langsung dari Rasulullah saw seperti permasalahan ukuran satu mud dan sha’. Ijma’ Ahli Madinah ini merupakan hujjah bagi Syafi’i, Ahmad dan Hanbali.
Ijma’ Ahli Madinah yang tercermin dalam tradisi kuno masyarakat Madinah sebelum terbunuhnya Utsman. Ijma’ Ahli Madinah tersebut merupakan hujjah bagi Malik dan Syafi’I sementara itu Ahmad dan Hanbali menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh khalifah rasyidah bias dijadikan hujjah.
Yang ketiga adalah bahawa apabila ada dua dalil yang bertentangan dalam suatu dalil yang bertentangan dalam suatu masalah, seperti dua hadis atau dua qiyas, sementara tidak diketahui yang mana paling kuat di antara keduanya. Dalam hal ini, Malik dan Syafi’I menyatakan bahwa dalil yang  dipakai adalah salah satu dari keduanya yang dikuatkan dengan Ijma’ Ahli Madinah. Laon halnya dengan Abu Hanifah yang menyatakan bahawa Ijma’ Ahli Madinah tidak boleh menguatkan salah satu dari keduanya. Sementara itu dalam Mazhab Ahmad terdapat dua pendapat yakni pendapat Abu Ya’la dan Ibnu Uqail yang sependapat dengan Abu Hanifah dan Abu Khattab yang menyetujui Abu Khattab inilah yang dipakai oleh Ahmad.
Ijma’ Ahli Madinah yang tercermin dalam tradisi masyarakat Madinah mutaakhir ( setelah pembunuhan Utsman ).
Perdebatan tentang Ijma’ Ahli Madinah dan kekuatannya sebagai  sumber hukum adalah menarik bagi penulis. Hal itu dikeranakan bahawa ternyata konsep Ijma’ Ahli Madinah yang mencakup batasan-batasan  yang jelas menurut Imam Malik yang dengan semangat mempopularkan Ijma’ Ahli Madinah tidak diketemukan di dalam buku atau jurnal ilmiah usul fiqh mahupun fiqh.
Penulis juga tertarik untuk mengkaji alas an-alasan kuat Imam Malik dalam menetapkan Ijma’ Ahli Madinah sebagai sumber hukum dan hujjah, juga Ijma’ Ahli Madinah yang dijadikan sebagai sumber hukum oleh Malik.
B.RUMUSAN MASALAH
Dari paparan latar belakang masalah di atas, yang menjadi permasalahan pokok dalam penelitian ini adalah: “apakah konsep ijma’ Ahli Madinah menurut Imam Malik?”.
·         Berdasarkan perumusan masalah di atas, maka penelitian membatasi pembahasan ini seperti berikut:
·         Apakah konsep Ijma’ Ahli Madinah menurut Imam Malik?
·         Mengapakah Ijma’ Ahli Madinah dijadikan sebagai hujjah dan sumber hukum oleh Malik?
·         Apa contoh-contoh Ijma’ Ahli Madinah?
C.TUJUAN PENELITIAN
Berdasarkan perumusan masalah di atas, peneliti berupaya untuk mendekripsikan tentang tujuan penelitian ini iaitu:
Untuk mengetahui konsep Ijma’ Ahli Madinah menurut Malik.
Untuk mengetahui contoh-contoh Ijma’ Ahli Madinah?
D.MANFAAT PENELITIAN
Penelitian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan pemikiran dalam pengembangan  wawasan kepada mahasiswa dan masyarakat untuk lebih menghayati, mengkaji, memahami  dan mengamalkan fiqh, terutama hukum perkahwinan, talak tiga secara baik dan benar di dalam kalangan masyarakat. Di samping itu sebagai pengembangan wawasan ilmu pengetahuan baik dikalangan akademik dan masyarakat umum lainnya serta masyarakat Kota Langsa khususnya penelitian akan lebih berguna lagi manakala Kota Langsa yang nota bene sebagai bahagian dari kawasan Nanggore Aceh Darussalam, di mana pemerintah daerah mempunyai kepentingan besar untuk menerapkan hukum-hukum Islam secara kaffah dan mengaplikasikan dalam masyarakat luas. Setidaknya penelitian ini menjadi masukkan tambahan kerana langsung bersumber dari masyarakat itu sendiri.
Ada dua hal yang sangat berguna dari penelitian ini, pertama; manfaat keilmuan (teoritis), yakni penelitian ini akan memberikan manfaat yang penting tentang metode-metode yang efektif, di mana pemerintah daerah dapat menerapkan nilai-nilai hukum Islam secara mendalam kedalam masyarakat.
E.PENEGASAN ISTILAH
Untuk memudahkan pemahaman dan menghindari berbagai penafsiran meneganai maksud judul yang berkaitan dengannya, maka penulis perlu untuk menjelaskan maksud dari istilah-istilah yang digunakan tersebut, iaitu:
1.    Pengecualian
Secara bahasa pergeseran bermaksud peralihan, perpindahan dan pergantian. Pergeseran yang dimaksudkan adalah peralihan atau perpindahan yang dilakukan oleh Dewan Fatwa Al-Jam’iyatul Washiliyah adalah dalam metode istinbat yang dipergunakan ketika menetapkan fatwanya. Peralihan ini terjadi sejak Mukhtamar XVII di Bandung tahun 1997, iaitu dengan berubahnya terhadap prinsip dari “menganut mazhab Syafi’I menjadi “bermazhab Ahlu Sunnah Wal Jama’ah dengan mengutamakan mazhab Syafi’i.
Adapun erti “menganut mazhab Syafi’I adalah pertama, bahawa segala usaha yang digerakkan atas nama organisasi, harus berlaku dalam batas-batas hukum fiqh menurut mazhab Syafi’i. Kedua, bahawa segala perbezaan pendapat yang terjadi dalam organisasi, maka yang menjadi ketentuan-ketentuan dalam hukum fiqh haruslah diputuskan sesuai dengan mazhab Syafi’i. Sedangkan erti “mazhab Ahlu Sunnah Wal Jama’ah dengan mengutamakan mazhab Syafi’I” adalah pada dasarnya, fatwa yang dikeluarkan Oleh Dewan Fatwa adalah menurut mazhab Syafi’i. Namun, mengenai masalah yang hukumnya dalam mazhab Syafi’I ketika keadaan tertentu, ta’accur atau ta’assur untuk diamalkan, maka boleh mengikuti pendapat mazhab di luar Syafi’I asalkan masih dari kalangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

2.    Istinbat Hukum
Secara bahasa istinbat berasal dari kata Nabi yang bererti mengeluarkan atau melahirkan. Jika kata istinbat dihubungkan dengan hukum-hukum, bereti adalah “upaya menarik hukum dari Al-Quran dan Sunnah dengan jalan ijtihad”.
3.    Fatwa
Secara bahasa fatwa berasal dari bahasa arab iaitu fatwa yang bererti “jawapan pertanyaan hukum”. Sedangkan menurut pengertian hukum syara’, fatwa adalah menjelaskan hukum syara’ dalam persoalan sebagai jawapan dari suatu pertanyaan, baik yang bertanya itu jelas identitinya mahupun tidak, baik perseorangan mahupun kolektif.
F.LANDASAN KONSEPSIONAL
Ayat-ayat Al-Quran dalam menunjukkan pengertiannya menggunakan berbagai cara, ada yang tegas dan ada yang tidak, ada yang melalui erti bahasanya dan ada pula yang melalui erti bahasanya dan ada pula yang melalui maksud hukumnya, dan terkadang terdapat perbenturan antara satu dalil dengan dalil lain yang memerlukan penyelesaian. Usul fiqh yang berbagai cara dari berbagai aspeknya untuk menimba pesan-pesan yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah, cara inilah yang disebut dengan istinbat.
Secara garis besar metode istinbat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu:
1.    Metode istinbat dari segi kebahasaan
Untuk memahami teks-teks kebahasaan ini para ulama telah menyusun semacam yang digunakan dalam praktik penalaran fiqh. Bahasa Arab menyampaikan pesan dengan berbagai cara dan dalam berbagai tingkat kejelasannya. Untuk itu para ahlinya membuat beberapa kategori lafaz untuk memahami teks tersebut antara lain dari segi amar, nah dan takhyr, dari segi am dank has, mutlaq dan muqayyad, dari segi mantiq dan mafhm serta dari segi hakikat dan majaznya.


2.    Metode Penetapan Hukum Melalui Maqasid Syariah
Menurut pandangan ahli usul fiqh bahawa nas Al-Quran dan Sunnah itu selain menunjukkan hukum dengan bunyi bahasanya, juga dengan ruh tasyri’nya atau maqasid al-Syariah. Melalui maqasid al-Syariah inilah kemudian teks-teks hukum yang secara kuantitif sangat terbatas jumlahnya dapat dikembangkan untuk menjawab permasalahan yang secara kajian kebahasaan tidak tertampung oleh Al-Quran dan Sunnah. Pengembangan ini dilakukan dengan menggunakan metode istinbat seperti qiyas, istihsan, marsalih mursalah dan uruf.
Abdul Wahab Khalif menegaskan bahawa maqasid al-Syariah adalah hal sangat penting untuk memahami Al-Quran dan Sunnah, menyelesaikan dalil-dalil yang bertentang dan sangat penting lagi adalah untuk menetapkan hukum terhadap peramasalahan yang tidak tertampung Al-Quran dan Sunnah secara kajian kebahasaan.
Al-syatib adalah ahli usul fiqh yang membahasa teori maqasis syariah secara khusus dan jelas dalam kitabnya al-Muwafaqat. Sebagaimana ulama sebelumnya, ia juga membahagi peringkat maslahat menjadi tiga peringkat iaitu arriyyat, yajiyyat dan taysiniyat. Yang dimaksud dengan maslahat baginya adalah memelihara lima aspek utama iaitu, hifs al-Din (memelihara agama), hifs al-Nafs (memelihara jiwa), hifs al-Aqal (memelihara akal), hifs al-Nasl (memelihara keturunan) dan hifs al-Mal (memelihara harta).
Selanjutnya fatwa sendiri adalah salah di antara dari sekian banyak produk yang dihasilkan. Menurut Ahmad Rafiq, jika dalam sepanjang sejarah hukum Islam itu sebagai produk yang dihasilkan oleh fiqh yang merupakan produk ijtihad para imam mujtahid dengan metode istinbat hukum, kemudian dalam perkembangan produk pemikiran selanjutnya, tidak lagi didominasi oleh fiqh, sebab setidaknya masih ada lagi tiga jenis produk hukum Islam lainnya, iaitu:
Pertama, Fatwa hasil ijtihad, seorang mufti sehubungan dengan sebuah persoalan hukum yang diajukan kepadanya. Jadi fatwa itu sendiri lebih khusus dari pada fiqh atau ijtihad secara umum. Sebab, boleh jadi sebuah fatwa yang dikeluarkan  itu sudah dirumuskan dalam fiqh, hanya sahaja belum difahami oleh orang meminta fatwa.
Kedua, Undang-undang (Qanun) iaitu peraturan yang dibuat oleh badan legislatif yang mengikat kepada setiap warga negara di mana undang-undang itu sendiri adalah hasil dari ijtihad kolektif (Jama’i).
Ketiga, Keputusan Pengadilan produk pemikiran ini merupakan keputusan hakim pengadilan berdasarkan pemeriksaan perkara di depan persidangan.
Berdasarkan penjelasan di atas dapat difahami bahawa fatwa merupakan produk hukum Islam yang dihasilakan dengan metode istinbat. Namun berbeza dengan ijtihad, fatwa dihasilkan dengan memilih pendapat mazhab tertentu atau dengan metode istinbat para ulama mazhab. Demikian halnya dengan metode fatwa yang dihasilkan dalam setiap fatwa yang dikeluarkan oleh Dewan Fatwa al-Washiliyah tetap mengacu dengan metode-metode yang digunakan para ulama mazhab, khusunya dengan bermazhabkan Syafi’i.
Sebagai organisasi yang telah menetapkan dalam AD-nya mengutamakan mazhab Syafi’i. Dewan Fatwa al-Washiliyah diharuskan mengikut pola penetapan hukum dan fatwa sebagaimana yang ditetapkan para ulama Syafi’I dengan berpegang kitab-kitab fiqh mu’tabarah. Hal ini hanya dilakukan dalam keadaan normal, tidak dalam keadaan normal, tidak dalam kepentingan mendesak dan tidak pula untuk kepentingan maslahat semata sahaja. Namun dalam keadaan tertentu, boleh tidak mengikut ketentuan yang ada dalam mazhab Syafi’i.
Dalam menghadapi masalah-masalah aktual, Dewan Fatwa mempunyai dua ilihan, iaitu:
Pertama, tetap berpegang kepada mazhab Syafi’I dan mengabaikan kenyataan dan tidak merespon tuntutan zaman. Hal ini dilakukan jika dalam pengimplementasi dan aplikasi hasil fatwa itu dianggap tidak ta’assur dan ta’ccur umunya bagi masyarakat dan khusunya bagi pengikut al-Washiliyah.
Namun jika ternyata fatwa itu tidak dapat di amalakan atau bermasalah, maka Dewan Fatwa mengambil alternative yang kedua, iaitu dengan merespon tuntutan zaman dan mancarikan penyelesaiannya dengan mengikuti pendapat berbagai mazhab fiqh Sunni lainnya. Ini adalah sebuah pengecualian yang dilakukan oleh Dewan Fatwa al-Washiliyah.
Secara faktual, pengecualian ini dilihat dari fatwa yang dikeluarkan tahun 1998 tentang masalah “pendistribusian zakat untuk pembanggunan madrasah dan masjid” dengan mengambil bahagian berjihad di jalan Allah, dengan tidak merujuk kepada pendapat mazhab Syafi’i. Pendapat ini dikeluarkan dengan ijtihad anggota Dewan Fatwa sendiri. Jika diteliti lebih jauh pendapat ini sebebnarnya mengikut ulama yang meluaskan makna berjihad di jalan Allah, tetapi juga untuk semua bentuk kegiatan perang di jalan Allah sahaja, pendapat ini juga diperangi oleh jumhur ulama. Jika mazhab Syafi’I ini diterapkan tentu boleh menghilangkan bahagian berjihad di jalan Allah, sebab sangat kecil kemungkinan untuk menemukan criteria berjihad di jalan Allah seperti yang difahami mazha Syafi’i.
Dalam persoalan tawaf ibahah bagi wanita haid, Dewan Fatwa juga mengikuti pendapat mazhab Hanbali yang membolehkannya dengan catatan harus menutupi tempat keluar haid dengan baik, agar tidak mengotori masjid. Sedangkan menurut mazhab Syafi’I, tawaf adalah ibadah seperti solat yang harus dalam keadaan suci dan wanita yang haid itu tidak boleh melaksanakan tawaf, sebab sedang berhadas besar. Namun, jika pendapat mazhab Syafi’I yang kemudian dipegangi, maka akan menimbulkan tidak sahnya hajinya seseorang, sebab tawaf ibahah merupakan rukun haji. Kesimpulannya akan sia-sialah orang yang menunaikan hajinya dengan materi yang cukup besar, apalagi jika haidnya belum habis pada waktu pelaksanaan tawaf ibahahnya. Berdasarkan pertimbangan tersebut, Dewan Fatwa lebih memilih pendapat mazhab Hanafi yang lebih maslahat.
Tentang hukum bersentuhan kulit laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya ketika melakukan tawaf, fatwa al-washiliyah juga membolehkan untuk mengamalkan mazhab Maliki yang menyatakan bahawa persentuhan laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk secara mutlaq, baik adanya syahwat mahupun tidak. Jika pendapat mazhab Syafi’I ini yang diamalkan akan menimbulkan kesulitan bagi yang sedang tawaf, sebab tawaf dilakukan banyak orang baik laki-laki dan perempuan dan akan sangat sulit untuk tidak bersentuhan antara satu dengan lainnya. Berdasarkan pertimbangan tersebut, Dewan Fatwa lebih memilih pendapat mazhab Maliki.
Huraian di atas secara umum telah mendeskripsikan tentang adanya sebuah pengecualian fatqa al-Washiliyah yang telah berupaya untuk membuka diri, lebih responsive terhadap perkembangan zaman, tidak kaku dengan hanya berpegang kepada mazhab tertentu sahaja. Hal ini sebuah keharusan yang harus dilakukan oleh al-Washiliyah agar boleh diterima bukan sahaja oleh warga al-Washiliyah sendiri, tetapi juga untuk umat secara umum.
G.KAJIAN TERDAHULU
Penelitian tentang al-Washiliyah sebagai organisasiagama yang terbesar di Sumatera Utara belum banyak dilakukan dibandingkan dengan organisasi-organisasi besar lainnya, khususnya organisasi yang lahir di pulau Jawa. Seperti Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah, beberapa kajian yang telah dilakukan tentang al-Washiliyah antaralain adalah:
Buku yang ditulis oleh Nu’man Sulaiman tahun 1956, seseorang ulama dan penulis kreatif al-Washiliyah. Buku ini merupakan peringatan ¼ abad al-Washiliyah berjudul “Peringatan ¼  Abad Al-Jam’iyatul Washiliyah”. Buku ini berisikan sejarah perkembangan dan keberhasilan yang telah dicapai al-Washiliyah selama perjalanan 25 tahun.
Kemudian Hasbalah Taib pada tahun 1993, juga meneliti tentang al-Washiliyah yang juga memfokuskan pada penelitian Universiti al-Washiliyah (UNIVA) dengan judul “Universitas al-Washliyah Medan Lembaga Pengkaderan Ulama di sumatera Utara”. Penelitian untuk memperingati Universitas al-Washliyah yang ke-34 ini, peranan UNIVA dalam upaya menyiapkan tenaga-tenaga ahli dalam bidang dakwah Islam di Sumatera Utara.
Selanjutnya disertai Chalijah Hasanuddin tahun 1986, yang kemudian dibukukan (1998) yang berjudul “Al-Jam;iyatul Washliyah Api dalam Sekam”. Penelitian ini memfokuskan tentang penyebaran Islam melalui dakwah yang disampaikan para da’I al-Washliyah khusunya di masyarakat Tanapuli Utara. Penelitian ini dibatasi tahun 1930-1942, menurutnya ini dilakukan untuk mempersempit ruang lingkup penelitian agar dapat menjangkau sasaran lebih dalam, juga dengan pertimbangan bahawa tahun 1942 Indonesia beralih kekuasaan dari Belanda ke Jepang yang pada masa pemerintahan Jepang ini al-Washliyah kurang bergerak.

Dalam bentuk tesis ada penelitian yang dilakukan oleh Muhammad Amin tahun 2000 dengan judul “Kualitas Hadis Dalam Fatwa al-Washliyah 1998 Studi Kritik Sanad”. Penelitiannya ingin melihat tentang tingkat dan kualiti hadis yang dijadikan dasar istinbat al-hukum dalam menghasilkan fatwa oleh Dewan Fatwa al-Washliyah.
Selanjutnya tesis yang ditulis oleh Kholidah Nst tahun 2000 berjudul “Metode Ijtihad al-Washliyah Priode Tahun 1988-1998”. Tesis tersebut membahaskan tentang bagaimana Dewan Fatwa menyelesaikan baerbagai permasalahan hukum yang muncul di masyarakat pada umumnya dan warga al-Washliyah khusunya pada priode 1988 dan 1998 dan juga sejauh mana Dewan Fatwa konsisten mengikut mazhab Syafi’I sebagai rujukannya.
Tahun 2002 ada tesis Muaz Tanjung berjudul “Pendidikan Islam di Medan Pada Awal Abad ke-20; Studi Historis Tentang Maktab Islamiyah Tanapuli (MIT) 1918-1942’. Meskipun objek penelitiannya tentang lembaga pendidikan MIT. Akan tetapi penelitian ini juga ada relevansinya dengan sejarah awal berdirinya al-Jam;iyatul Washliyah, sebab al-Washliyah didirikan oleh kumpulan  pelajar dari murid-murid di MIT (kemudian murid-murid MIT inilah yang menjadi pengurus al-Washliyah). Nama al-Washliyah sendiri diberi nama oleh H.Mahmud Yunus ketua MIT (kemudian menjadi penasihat al-Wahliyah).
H.METODOLOGI PENELITIAN
1.Jenis Penelitian
Adapun metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah dengan menggunakan metode kualiti rasionalistik yang bersifat deskriptif kasuistik. Metode kualiti rasional maksudnya adalah bahawa penelitian ini lebih menekankan analisis pada proses penyimpulan deduktif dan induktifdalam sebuah dinamika hubungan antara fenomena yang diamati dengan menggunakan logika ilmiah yang dibangunkan dengan kemampuan argumentasi secara logik. Sedangkan kuantitif subjek penelitian yang berkaitan dengan suatu fasa atau khas dari keseluruhan personaliti.
Dalam subjek penelitiannya boleh bersifat individu, kelompok atau lembaga dan boleh juga masyarakat, dengan cara menggambarkandan menjelaskan variable masa lalu atau masa sekarang. Penelitian ini difokuskan kepada lembaga Dewan Fatwa al-Washliyah, iaitu tentang terjadinya pengecualian itu sendiri terjadi setelah tahun 1997, sehingga penelitian berupaya untuk menjelaskan secara akurat dan sistematik tentang bagaimana metode yang digunakan oleh Dewan Fatwa dalam melakukan istinbat sebelum dan sesudah tahun 1997.
2.Sumber Data
Yang dimaksud sumber data dalam penelitian ini adalah dari mana subjek dari sebuah data itu dapat diperoleh. Kerana penelitian ini menggunakan teknik wawancara dalam pengumpulan datanya, maka sumber data itu disebut dengan responden. Selain itu penelitian ini juga menggunakan sunnah dokumentasi dan catatan, sehingga dokumen atau catatan itu juga menjadi bahagian sumber penelitian ini pada tiga sumber, iaitu sumber primer, sekunder dan tertier.
Sumber data primer, iaitu sumber data pokok yang diperoleh secara langsung pada subjek sebagai sumber pokok informasi yang dicari. Dalam hal ini data primer berupa hasil fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Fatwa al-Jam’iyatul Washliyah, dan semua buku-buku yang berkaitan dengan Dewan Fatwa,  serta wawancara yang sifatnya informal sebagai sumber pendukung dan pelengkap dari data yang tidak diketemukan.
Sumber data sekunder, iaitu sumber data tambahan yang melengkapi sumber primer di atas yang berkaitan dengan masalah yang diteliti, berupa AD/ART al-Washliyah dan sebagainya.
Sumber data tertier, iaitu sumber pendukung atau pelengkap sumber primer mahupun sekunder antara lain: Ensiklopedia, Kamus serta Mu’jam.
3.    Teknik Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang digunakan dalam penelitian ini secara umum dapat dibahagi kepada:
a)    Dokumetasi
Dokumentasi ini berasal dari sumber atau bahan tertulis, dan dokumentasi yang digunakan sebagai sumber bahan informasi adalah dokumen yang bersifat internel yang terdiri dari laporan-laporan dan keputusan-keputusan yang pernah dihasilkan oleh lembaga fatwa Dewan Fatwa al-Washliyah yang berupa hasil kumpulan fatwa-fatwa tahun 1988-1998 serta pedoman dalam prosedur penetapan fatwa dari Dewan Fatwa.
b)    Wawancara
Penelitian dalam bentuk ini dilakukan kerana keterbatasan data yang ada serta untuk menemukan data-data yang tidak ada dalam sumber fatwa. Pemilihan teknik ini dilakukan kerana didasarkan  pada dua factor:
Pertama: Penelitian ini adalah untuk menggali dan menemukan data tentang bahagian cara istinbat yang dilakukan  oleh Dewan Fatwa sebelum dan sesudah tahun 1997, dan pandangan merupakan bahagian dari pengetahuan seseorang yang tersirat, maka wawncara dianggap teknik yang apalagi ampuh dalam mengungkapkan hal tersebut.
Kedua: Kerana penelitian ini difokuskan pada subjek-subjek yang memiliki pengalaman dan sekaligus merupakan anggota Dewan Fatwa, di mana pengalaman merupakan peristiwa masa lampau, maka teknik ini pula akan mampu mengakomodir data-data yang bersifat lintas waktu seperti ini.
Adapun jenis wawancara yang dilakukan adalah wawancara tidak terstruktur, meskipun sebenarnya peneliti telah mempunyai rancangan pertanyaan yang akan di ajukan kepada sumber untuk menjwab permasalahan istinbat dan semua permasalahan yang terkait dengan Dewan Fatwa sebelum dan sesudah tahun 1997. Akan tetapi urutan, waktu dan lamanya pertanyaan serta bentuk-bentuk dari pertanyaa ini tidak ditetapkan secara terikat sebelum pelaksanaan wawancara. Wawancara ini ditempuh agar terciptanya suasana keluasan dalam wawancara, juga dapat pelengkap boleh jadi berkembang dan muncul pada saat berlangsungnya wawancara.
4.    Pengolahan dan Analisi Data
Setelah data keseluruhannya telah terkumpul baik dari hasil wawancara mahupun dari dokumentasi yang terkait dengan Dewan Fatwa al-Wasliyah, maka langkah berikutnya adalah mengolah data secara selektif. Penganalisan menggunakan metode analis isi, dengan maksud agar peneliti dapatmenjadikan sumber-sumber fatwa ataupun pendapat dari tokoh-tokoh al-Washliyah sekaligus mengambil dan membuatnya berdasarkan isi pernyataan itu. Teknik ini dilakukan untuk memberikan pengetahuan, membentuk wawasan baru serta menyajikan fakta. Selain itu, peneliti juga menggunakan metode deskriptif untuk menguraikan dan menggambarkan sesuatu apa adanya. Kemudian metode deskriptif ini dikombinasikan dengan metode komparatif, iaitu dengan membandingkan pendapat ulama mazhab dari sebuah temuan fatwa yang dihasilakn setelah tahun 1997. Hal ini dilakukan alasan ulama mengapa pada sebuah permasalahan fatwa dari Dewan Fatwa al-Washliyah itu tidak merujuk kepada mazhab Syafi’I, tetapi merujuk kepada mazhab lain.
v  Garis Besar Isi Ini
Untuk memudahkan pembahasan secara sistematik dalam tesis ini, maka peneliti membuatnya ke dalam tesis ini, maka peneliti membuatnya ke dalam beberapa bab yang terdiri dari beberapa bab, yang sistematik pembahasannya terperinci seperti berikut:
Bab 1, merupakan pendahuluan yang terdiri dari latar belakang masalah, rumusan masalah, tujuan, manfaat penelitian, penegasan istilah, landasan konsepsional, kajian terdahulu, metode penelitian dan garis besar isi tesis.
Bab 2, menguraikan tentang pengertian ijma’ dan kajian yang berkenaan dengannya..
Bab 3, menguraikan tentang biografi Imam Malik yang berisi sejarah lahir, pendidikan dan pemikiran.
Bab 4, menguraikan tentang konsep ijma’ Ahli Madinah menurut Imam Malik, latar belakang atau alas an mengapa Imam Malik menetapkan Ijma’ Ahli Madinah sebagai sumber hukum, dan contoh Ijma’ Ahli Madinah.
Bab 5, merupakan penutup yang terdiri dari beberapa kesimpulan dan sasaran yang berkaitan dengan pembahasan tesis yang juga penulis lengkapi dengan daftar kepustakaan sebagai rujukan dalam penulisan, lampiran-lampiran yang diperlukan dan daftar riwayat hidup penulis.

KESIMPULAN
Tidak diragukan lagi Imam Malik adalah salah satu Muhaddisin yang mempunyai perlakuan yang tersendiri. Bahkan dikatakan beliau adalah ulama tertua kitabnya masih asa di tangan kita sampai sekarang.
Kesungguhannya dalam menekuni pengetahuan agama menjadikan Imam Malik sebagai seorang penganut dalam bidang hadis dan fiqh. Bahkan di bidang fiqh, beliau dikenali sebagai pendiri salah satu mazhab fiqh, iaitu mazhab Maliki.
Dari huraian di atas dapat diambil kesimpulannya Imam Malik adalah satu-satunya Imam Mazhab yang lahir, hidup, wafat dan berkubur di kota suci Madinah.
Selain itu, Imam Malik diyakini dalam dan luas ilmunya, terbukti sebagai seorang ulama  yang rendah diri, penuh berhati-hati dan penuh keteladanan.
Bagi Imam Malik, amal penduduk Madinah yang dilandaskan kepada penukilan atau periwayatan menepati posisi seperti hadis Mutawatir, sehingga dengan demikian dia menjadi hujjah kedua sesudah al-Quran.